Berita UtamaUtama

Arahan tanda larangan merokok jelas: I-Medik

Kenyataan Ho Su Mong dangkal, mengelirukan masyarakat

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 4 Jamadilakhir 1440H, Sabtu – Arahan tanda larangan merokok adalah jelas dan mengikut spesifikasi, sebagaimana ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Ketua Unit Kawalan Rokok, Vape Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Dr Ahmad Farid Nazmi Abdul Halim berkata, dalam Jadual Ketiga [Perenggan 12(1)(a)] peraturan berkenaan, jelas menyatakan bahan, bentuk atau saiz, perihal serta reka bentuk tanda larangan merokok sebagai panduan umum.

Justeru, beliau menyifatkan kenyataan Presiden Persatuan Am Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura, Datuk Ho Su Mong berhubung kekeliruan mengenai spesifikasi tanda larangan merokok pada 5 Februari lalu, adalah dangkal.

“Adakah beliau tidak mengetahui sama sekali tentang spesifikasi yang telah digariskan dalam Jadual Ketiga [Perenggan 12(1)(a)] Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004?

“Di dalam jadual tersebut dengan jelas menyatakan bahan, bentuk/saiz, perihal serta reka bentuk tanda larangan merokok sebagai panduan umum. Jadual tersebut bukanlah suatu perkara yang baru,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kenyataan seumpama itu adalah satu tindakan untuk mengelirukan masyarakat, sekali gus mahu mencabar pewartaan larangan merokok di semua premis makanan sejak 1 Januari 2019.

“Jika mereka patuh dengan arahan tersebut, kenyataan sedemikian tidak patut ditimbulkan.

“Sikap sedemikian tidak membantu inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok dalam usaha memastikan kesihatan rakyat tidak terjejas akibat bahaya asap rokok,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close