Berita UtamaDuniaUtama

2 pemuda Palestin maut dibunuh rejim Zionis

17 cedera termasuk wartawan dan kakitangan perubatan

GAZA, 4 Jamadilakhir 1440H, Sabtu – Dua pemuda Palestin terbunuh dalam serangan yang dilakukan rejim pengganas Israel ketika protes mingguan yang diadakan secara aman berhampiran pagar sempadan Gaza-Israel, semalam.

Hasan Shalabi, 14, dibunuh oleh rejim pendudukan Israel dengan kecederaan serius di bahagian dada, kata Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza.

Kementerian itu berkata, seorang lagi mangsa adalah Hamza Shteiwi, 18, yang turut terbunuh selepas ditembak di leher oleh tentera rejim berkenaan.

Serangan berterusan rejim Zionis itu turut menyebabkan 17 yang lain cedera akibat ditembak ketika protes – yang sudah 46 minggu diadakan- termasuk dua wartawan dan empat kakitangan perubatan.

Menurut agensi berita Maan, rejim Israel melepaskan gas pemedih mata di ambulans dan menyembur penunjuk perasaan dengan air kumbahan kimia di timur Khan Younis.

Sementara itu, Israel enggan mengulas mengenai kematian terbaharu yang didalangi rejim itu, namun tetap menyalahkan 6,700 penduduk Palestin yang berhimpun secara aman di sempadan berkenaan.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close