Berita UtamaUtama

Banjir Australia: 50 rakyat Malaysia dilaporkan selamat

Penduduk Townsville berdepan risiko banjir besar

BANGI, 30 Jamadilawal 1440H, Selasa – Kira-kira 50 rakyat Malaysia yang terjejas susulan banjir di bandar raya Townsville, Queensland, Australia dilaporkan selamat.

Wisma Putra memaklumkan, amaran dikeluarkan kepada penduduk Townsville mengenai risiko terhadap hidupan dan harta benda selepas pintu empangan Ross River dibuka Ahad lalu, menyebabkan kira-kira 1,900 meter padu air sesaat dialirkan dari empangan itu.

“Keadaan masih berisiko tinggi apabila hujan lebat dijangka berterusan untuk beberapa hari akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, Wisma Putra mengingatkan rakyat Malaysia yang sedang melawat atau menetap di kawasan terjejas itu juga untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan terus memantau berita tempatan dan laporan cuaca.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan sama ada menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra pada talian +612 61200300 atau +614 13683625 atau Konsulat Malaysia di Sydney (+61403 403 132 atau +61478 180 448).

“Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra dan Konsulat Malaysia di Sydney akan terus memantau situasi berkenaan dan akan berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan perkembangan terkini,” katanya.

Wilayah utara Australia menerima hujan lebat pada musim tengkujuh ketika ini, tetapi banjir kali ini lebih daripada paras biasa.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close