Berita UtamaDuniaUtama

Syarikat di Sepanyol tolak tender Israel bina laluan kereta api di Baitulmaqdis

CAF enggan terima projek kerana termasuk tanah Palestin dirampas

BEASAIN (Spain), 28 Jamadilawal 1440H, Ahad – Mempertahankan tanah milik Palestin, sebuah syarikat di Sepanyol mengumumkan menolak tender Israel untuk membina sebahagian daripada laluan kereta api di Baitulmaqdis.

Syarikat Construcciones y Auxiliar de Ferrocarriles (CAF) atau Pembinaan dan Perkhidmatan Kereta Api enggan menerima tawaran berkenaan kerana ianya termasuk dalam tanah Palestin yang akan dirampas Israel, sekali gus melanggar resolusi legitimasi antarabangsa, lapor Al-Wattan Voice dilaporkan.

Pekerja syarikat juga menolak untuk bekerjasama dalam projek berkenaan atas alasan yang sama.

Wakil-wakil pekerja menegaskan, perancangan laluan kereta api oleh Zionis akan melalui tanah Palestin yang kini menjadi penempatan haram di Baitulmaqdis.

“Sebarang projek di mana-mana bandar di seluruh dunia, terutama Baitulmaqdis, pelaksanaannya mesti menghormati hak asasi manusia dan peraturan antarabangsa,” tegas CAF.

CAF menegaskan, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), melalui pelbagai resolusi memaklumkan akan turut membantah projek laluan kereta api itu. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close