Tarbiyyah

14 nota khas untuk ibu bapa

Seimbangkan didikan akademik, sahsiah, agama dan kemahiran sosial

1. IBU BAPA adalah sekolah pertama anak-anak. Ibu bapa Islam akan mencorakkan Islam dalam hidup anak mereka, membawa anak mengenal Allah SWT, halal dan haram, baik dan buruk serta syurga dan neraka.

2. Anak adalah amanah Allah SWT. Sekiranya baik didikannya, baiklah akhlak dan tingkah lakunya, sekiranya buruk didikannya, buruklah akhlak dan tingkah lakunya.

3. Setiap anak ada masanya untuk berubah, maka bersabarlah wahai ibu ayah.

4. Setiap anak tidak sama dan berbeza. Ada yang cenderung kepada akademik, ada yang berjiwa seni dan rekacipta, ada yang cenderung kepada kemahiran.

5. Berdoalah walaupun pada kiraan kita adalah mustahil, kerana kuasa doa sangat luar biasa.

6. Ajar anak mengikut zamannya agar dia berupaya bersaing menjadi pemimpin yang berpengaruh.

7. Sama ada anak kita cerdik atau kurang cerdik, mereka dambakan kasih sayang, penghargaan, persahabatan dan perhatian

8. Antara faktor utama kejayaan anak-anak ialah sokongan moral, tuisyen, makanan sunnah, pengaruh rakan sebaya, al-Quran, sedekah dan doa ibu bapa

9. Didik anak agar seimbang dalam akademik, sahsiah, agama dan kemahiran sosial.

10. Cita-cita ibu bapa berbeza dengan cita-cita anak-anak. Apa yang ibu bapa mahu tidak mestinya itu juga kemahuan anak.

11. Penjarakan ‘smartphone’ dan gajet dalam sangkar kucing sehingga habis peperiksaan.

12. Untuk menajamkan minda, ambil kismis, kurma, coklat minda, susu, telor, madu. Tinggalkan maggi, asam, air bergas dan makanan segera.

13. Sokonglah usaha sekolah menyediakan berbagai aktiviti untuk anak-anak. Kehidupan di sekolah hanya sekali, sebelum mereka menjadi dewasa. Itulah kenangan yang menjadi ingatan sepanjang hayat

14. Hidup mesti ada agenda. Mereka yang tiada agenda akan hidup untuk mencapai agenda orang lain semata-mata.

Dr Norsaleha Mohd Salleh
Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close