Berita UtamaUtama

Tekanan isu Islam, Melayu punca rakyat benci PH: Isma

PRK Cameron Highlands peringatan awal undi PH hanya bergantung kepada orang Cina

BANGI, 21 Jamadilawal 1440H, Ahad – Tekanan dan penghinaan berkaitan isu Melayu serta Islam yang berlaku sejak kebelakangan ini, antara faktor utama pengundi Cameron Highlands menolak calon Pakatan Harapan (PH) sebagai wakil rakyat mereka.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya berkata, keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands semalam adalah bukti undi PH hanya bergantung kepada orang Cina, bukannya Melayu.

“Walaupun semua kepimpinan PH turun termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, tapi PH masih gagal menawan hati pengundi.

“Isu kegagalan menunaikan janji dalam manifesto menyebabkan PH tidak ada hujah yang kuat. Di tambah dengan isu penghinaan kepada Melayu, Islam menyebabkan pengundi Melayu benci dengan PH.

“Maka, PRK ini adalah peringatan awal kepada PH. Jelas PH sangat bergantung kepada undi Cina bukan Melayu,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Keputusan PRK semalam memihak kepada BN apabila Ramli yang juga bekas pegawai kanan polis mewakili kaum Orang Asli memperolehi majoriti 3,238 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (DAP), M. Manogaran.

Mengulas lanjut, Haji Aminuddin berkata, kejayaan pembangkang yang mempamerkan kerjasama erat antara Barisan Nasional (BN) dengan PAS, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan seteru liberal di pihak PH.

“Kejayaan ini membuktikan beberapa perkara. Kerjasama PAS dan BN dilihat semakin baik selepas dua PRK lepas. Bukan saja di peringkat pimpinan tetapi juga di peringkat akar umbi. PH jelas semakin bimbang dengan perpaduan serta kerjasama PAS dan BN ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, hujah dangkal pihak kerajaan – yang memutarkan isu Datuk Seri Najib Razak dan 1MDB – kini sudah tidak berkesan menawan hati pengundi, malah menyifatkan PH sebagai terlalu terbuai oleh mimpi.

“Hujah mengenai Najib dan kleptokrasi sudah tidak relevan sebab Najib sudah tidak ada dalam kerajaan. PH masih terbuai dalam mimpi 1MDB dan Najib. Rakyat sudah mual dengan hujah sebegini,” katanya.

Justeru, Aminuddin berkata, pembangkang harus mengekalkan rentak sedia ada iaitu satu lawan satu bagi menghadapi kerajaan dalam pilihan raya, malah strategi ini diyakini berupaya menjamin kemenangan di kawasan majoriti Melayu.

“Jika strategi dan langkah ini diteladani dan dimurnikan, insyaAllah ianya boleh menyebabkan kerajaan yang ada pada hari ini akan kekal untuk satu penggal sahaja,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close