Berita UtamaUtama

Penasihat Kehormat PPIM meninggal dunia

Pengerusi Yayasan Patriot Negara dimasukkan ke hospital pada 16 Januari akibat strok

KUALA LUMPUR, 18 Jamadilawal 1440H, Khamis – Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Brigadier Jeneral (B) Datuk Husainy Hashim meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan di Wangsa Maju di sini pada jam 8.20 malam tadi.

Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata Husainy, 73, yang juga Pengerusi Yayasan Patriot Negara dimasukkan ke hospital itu pada 16 Januari lepas akibat strok.

“Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat PPIM dan beliau banyak membantu dalam tugasan kami dalam menegakkan keadilan demi hak pengguna.

“Segala nasihat dan pesanan beliau akan kami kenang dan amalkan demi meneruskan legasi beliau,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Beliau berkata, jenazah Husainy akan dibawa ke Masjid Khalid Al Walid Jalan Padang Tembak sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9 di Kota Damansara jam 10 pagi hari ini.

Allahyarham pernah berkhidmat di beberapa agensi awam seperti di Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Penyelidikan di Cawangan Khas Kedah serta Atase Pertahanan di Kedutaan Malaysia di Ankara, Turki. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close