Pendapat

Laman promosi Israel hina Malaysia

Sifatkan Hamas pengganas adalah tindakan aneh

1. LAMAN yang mempromosi Israel ini benar-benar menghina Malaysia. Mereka menyifatkan Hamas saudara Muslim kita sebagai pengganas. Mereka memerli Malaysia sebagai negara yang menyokong pengganas.

2. Kempen ini berlaku setelah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bertegas melarang kemasukan atlet mereka ke Malaysia.

3. Tindakan mereka menyifatkan Hamas pengganas adalah tindakan yang aneh. Bagaimana mereka boleh berkata sedemikian sedangkan tangan mereka masih basah dengan darah yang membunuh jutaan rakyat Palestin.

4. Sifat keji mereka ini diabadikan di dalam al-Quran. Mereka bukan sahaja membunuh Muslim, bahkan para Nabi dahulu juga telah menjadi mangsa mereka. Firman Allah:

لَّقَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ فَقِيرٌ وَنَحْنُ أَغْنِيَاءُ ۘ سَنَكْتُبُ مَا قَالُوا وَقَتْلَهُمُ الْأَنبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَنَقُولُ ذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ

“Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan jalan yang tidak benar, dan Kami akan katakan kepada mereka: “Rasakanlah kamu nanti Azab yang membakar.”

5. Bagi yang berkesempatan, silalah berkunjung ke page ini dan nyatakan bantahan kita. Merekalah sebenarnya pengganas yang telah mengorbankan ramai nyawa. Laman mereka bole dilawati di pautan ini:

UPDATE: Malaysia has reaffirmed their commitment to racism and discrimination, denying Israeli athletes visas and…

Posted by StandWithUs on Sabtu, 12 Januari 2019

dan link asal pos gambar ini adalah:

The disturbing truth about Malaysia's discriminatory policy against Israeli athletes at the Paralympic Swimming Championships.More: https://bit.ly/2FvuC9N

Posted by StandWithUs on Khamis, 17 Januari 2019

Moga Allah menyatukan hati-hati muslim.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close