Komuniti

Isma KK lancar tabung khas untuk mangsa kebakaran Pulau Banggi

30 kanak-kanak terima sumbangan beg dan keperluan sekolah

Oleh Mohamad Sobri Mohamad Saupi

KOTA KINABALU, 13 Jamadilawal 1440H, Sabtu – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kota Kinabalu melancarkan tabung khas bagi membantu meringankan beban mangsa kebakaran di Kampung Perpaduan, Karakit, Pulau Banggi, Kudat, baru-baru ini.

Tabung berkenaan diwujudkan atas dasar keprihatian Isma Kota Kinabalu terhadap 83 keluarga membabitkan 312 mangsa yang kini kehilangan tempat tinggal akibat kejadian itu.

Timbalan Ketua Pemuda Isma KK, Ustaz Aiman Zamani bersama 10 sukarelawan lain turut menyerahkan sumbangan lain berbentuk beg dan keperluan sekolah kepada 30 kanak-kanak.

Selain itu, sebanyak RM100 turut disumbangkan kepada setiap keluarga yang terbabit dalam kejadian kebakaran itu.

“Isma KK turut berterima kasih kepada para penyumbang, terutama Etiqa Takaful Bhd yang menyalurkan dana khas kecemasan untuk pembelian beg sekolah kepada pelajar-pelajar yang terbabit.

“Dalam pada itu, Isma KK sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membantu meringankan beban dan bersama-sama memberi bantuan susulan kepada mangsa yang memerlukan,” kata Ustaz Aiman.

Kejadian kebakaran di Pulau Banggi adalah yang kedua yang berlaku minggu lalu, dua hari selepas kebakaran di Pasir Putih, Putatan sehingga menyebabkan 83 keluarga dan 312 mangsa kehilangan tempat tinggal.

Orang ramai yang ingin menyumbang ke tabung khas, boleh terus ke akaun Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Kota Kinabalu iaitu 5602 1405 8721 (Maybank Islamic).

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close