Berita UtamaUtama

Harga petrol naik 6 sen, diesel 12 sen

BANGI, 12 Jamadilawal 1440H, Jumaat – Harga runcit petroleum bagi RON97 dan RON95 naik 6 sen seliter mulai jam 12.01 tengah malam ini sehingga 25 Januari depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, RON95 akan dijual pada harga RM1.98 seliter, manakala RON97 dijual RM2.28 seliter.

Harga diesel turut naik sebanyak 12 sen seliter daripada RM2.05 seliter kepada RM2.17 seliter untuk tempoh sama.

“Kenaikan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia yang telah menunjukkan trend peningkatan berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada AS$60 setong kepada AS$63 setong bagi petrol RON95 dan daripada AS$68 setong kepada AS$72 setong bagi diesel,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata, penetapan harga runcit produk petroleum adalah mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close