Berita UtamaUtama

PRK Semenyih: PAS beri laluan kepada BN

Sedia arah jentera pilihan raya untuk bantu wakil pembangkang: Takiyuddin

BANGI, 11 Jamadilawal 1440H, Khamis – PAS memutuskan untuk memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, pada tarikh yang akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak.

Setiausaha Agong PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bermesyuarat semalam, memutuskan untuk tidak akan meletakkan calon parti itu untuk kerusi DUN berkenaan.

Beliau berkata, PAS juga akan menggerakkan jentera pilihan raya setempat untuk membantu pihak pembangkang dalam menghadapi PRK, termasuk mengarahkan ahli-ahli parti di kawasan berkenaan turun mengundi bagi memberi sokongan kepada calon.

“PAS mengharapkan pilihan raya kecil ini menghasilkan keputusan yang akan menguatkan wakil pembangkang, terutama dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

“Dengan itu maka proses semak dan imbang (check and balance) yang dimainkan oleh pembangkang yang konstruktif akan memberikan kebaikan kepada rakyat Negeri Selangor khususnya,” katanya.

PRK Semenyih diadakan berikutan kematian mengejut penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor kerana serangan jantung pada 11 Januari lalu.

PRK itu adalah yang keenam diadakan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei tahun lalu.

Bakhtiar Mohd Noor daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi wakil rakyat di Semenyih selama lapan bulan selepas mengalahkan penyandang kerusi, Datuk Johan Abd Aziz daripada Barisan Nasional (BN) pada PRU14 Mei tahun lalu, dengan undi sebanyak 23,428.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close