Berita UtamaUtama

Akaun kewangan 2017: Tabung Haji buat laporan polis lagi

Pengumuman hibah 2017 bercanggah Akta Tabung Haji 1995.

KUALA LUMPUR, 10 Jamadilawal 1440H, Rabu – Pengurusan baharu Lembaga Tabung Haji (TH) membuat laporan polis ketiga berhubung akaun kewangan 2017 dan bagaimana representasi oleh eksekutif kanan telah membawa kepada pengumuman hibah, yang bercanggah dengan Akta Tabung Haji 1995.

Dalam laporan di Balai Polis Dang Wangi, TH mengenal pasti dua kertas kerja eksekutif yang dibentangkan kepada lembaga pengarah dalam dua mesyuarat khas lembaga pada 6 Februari dan 9 Februari 2018.

“Kertas kerja eksekutif itu disediakan oleh Datuk Rozaida Omar, ketua pegawai kewangan kumpulan dan disokong oleh Datuk Seri Johan Abdullah, pengarah urusan dan ketua eksekutif kumpulan ketika itu.

“Kertas kerja itu mengandungi kenyataan dan representasi yang membawa kepada angka tidak betul dipaparkan dakam kenyataan kewangan itu yang telah diterima oleh lembaga,” kata TH dalam kenyataan.

Berdasarkan pada kenyataan kewangan yang dikatakan itu, lembaga telah mencadangkan kepada menteri bertanggungjawab, yang kemudian meluluskan pengumuman untuk pengagihan ‘Hibah Tahunan sebanyak 4.5 peratus’ dan ‘Hibah Haji sebanyak 1.75 peratus’ yang bercanggah dengan Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1995.

Kenyataan kewangan TH yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 ditandatangan pada 3 April 2018 oleh pengerusi ketika itu Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Johan bagi pihak lembaga TH serta Rozaida sebagai pegawai prinsipal bertanggungjawab sepenuhnya bagi pengurusan kewangan dan rekod perakaunan TH. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close