Berita UtamaKomuniti

Isma Kota Kinabalu lancar tabung khas bantu mangsa kebakaran

BANGI, 9 Jamadilawal 1440H, Selasa – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kota Kinabalu melancarkan tabung khas bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Pasir Putih Putatan, Jumaat lalu.

Dalam insiden itu, 315 penghuni daripada 74 keluarga hilang tempat tinggal apabila rumah mereka hangus dijilat api.

Selain itu, Kampung Perpaduan Karakit, Pulau Banggi, Kudat juga mengalami bencana kebakaran yang turut memusnahkan Sekolah Kebangsaan Karakit, Ahad lalu.

Ketua Biro Pemuda, Dr Mohamad Sobri Mohamad Saupi berkata, Isma Kota Kinabalu mengambil inisiatif membantu mangsa bagi meringankan bebanan yang ditanggung.

“Kita menyerahkan sumbangan berbentuk kit kesihatan sebagai komplemen kepada sumbangan daripada pihak-pihak lain.

“Pada masa sama, kita lancarkan tabung khas dengan harapan ada individu atau pihak yang sudi menghulurkan bantuan. Kita sangat alu-alukan bantuan orang ramai,” katanya.

Kepada sesiapa yang mahu menyumbang boleh salurkan ke akaun Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Kota Kinabalu :

Maybank Islamic | 5602 1405 8721

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:

Dr Sobri (Ketua Pemuda) : 017-2121931

En Farid (Biro Kebajikan & Masyarakat) : 014- 3507 970

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close