Berita UtamaDuniaUtama

Lelaki bersenjata serbu balai polis di Afghanistan

Lima terbunuh termasuk orang awam dan kanak-kanak

KABUL, 7 Jamadilawal 1440H, Ahad – Sekurang-kurangnya lima terbunuh, manakala empat lagi cedera dalam pertempuran antara anggota polis dan lelaki bersenjata yang menyerbu sebuah balai polis di wilayah Herat, barat Afghanistan.

Jurucakap gabenor wilayah, Jailani Farhad berkata, dua lelaki bersenjata menyerang bangunan itu pada Sabtu dan membunuh tiga anggota polis, seorang awam dan kanak-kanak.

Katanya, empat anggota polis juga cedera sebelum penyerang terbabit terbunuh.

Anggota Pasukan Keselamatan Kebangsaan Afghanistan merampas sebuah kenderaan yang dipenuhi bahan letupan berhampiran kawasan serbuan.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Najib Danish berkata, pasukan khas polis ditempatkan di kawasan kejadian.

Setakat ini, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, namun tidak menolak kemungkinan ia angkara dalang utama dalam banyak kes keganasan di Afghanistan – militan Taliban.

Khamis lalu, militan Taliban membunuh sekurang-kurangnya 32 anggota pasukan keselamatan dan tentera pro-kerajaan dalam serangan serentak di pusat pemeriksaan di empat wilayah negara itu.- Agensi
 
 
 
 
Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close