Berita UtamaUtama

32 pegawai kanan polis bertukar, dinaikkan pangkat

Semua pelantikan berkuat kuasa 11 Februari depan

BANGI, 6 Jamadilawal 1440H, Sabtu – Tiga puluh dua pegawai kanan polis terbabit dalam pertukaran dan kenaikan pangkat ‘besar-besaran’ yang dibuat serentak di seluruh negara dan akan berkuat kuasa 11 Februari depan.

Mendahului senarai pertukaran yang diedarkan oleh Ketua Komunikasi Korporat Urusetia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad ialah Ketua Polis Kedah, Datuk Abd Rahim Jaafar yang dipindahkan menjawat jawatan Pengarah Pengurusan Bukit Aman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor pula bertukar sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, dan tempat beliau diambil alih Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin dengan memangku pangkat Komisioner Polis.

Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman, Datuk Ramli Hassan pula bertukar sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, manakala Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk T Narenasagaran pula dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang, dengan memangku pangkat Komisioner Polis.

Berikut adalah senarai pertukaran yang dikeluarkan Bukit Aman:

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close