Utama

Ringgit ditutup pada kadar 4.0940 berbanding dolar AS

Pengukuhan harga minyak mentah antara faktor mata wang berdaya saing

KUALA LUMPUR, 5 Jamadilawal 1440H, Jumaat – Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar US hari ini berikutan minat belian yang kukuh susulan data dikeluarkan yang menunjukkan pengeluaran perindustrian lebih baik pada November tahun lepas, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, ringgit disebut harga pada 4.0940/0980 berbanding dolar US daripada 4.0950/1000 yang direkodkan semalam.

Peniaga berkenaan berkata, indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia yang meningkat 2.5 peratus pada November 2018 daripada tahun sebelumnya, disebabkan oleh peningkatan indeks pengeluaran dan elektrik, yang membawa sentimen positif kepada ringgit.

“Harga minyak mentah yang lebih baik, dengan penanda aras minyak mentah Brent meningkat kepada US$62.33 setong hari ini, juga membantu meningkatkan permintaan kepada ringgit memandangkan Malaysia adalah pengeksport minyak dan gas bersih,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali dolar Singapura yang mana ia susut kepada 3.0297/0338 daripada 3.0286/0334 semalam.

Ringgit meningkat berbanding pound British kepada 5.2203/2270 daripada 5.2256/2337, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7785/7832 daripada 3.7882/7931 dan meningkat berbanding euro pada 4.7155/7217 daripada 4.7191/7253. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close