PendapatUtama

Lima hujah mudah kenapa perlu tegakkan negara Islam

1. Ia sebahagian syariat Allah s.w.t. Rujuk Surah An-Nisa’ ayat 58-59. Suruhan Allah s.w.t kepada para pemerintah supaya berlaku amanah dan adil dalam ayat 58 menunjukkan pra-syarat kepimpinan dalam Islam. Manakala dalam ayat 59 disebut arahan taat kepada ‘ulil amri’ iaitu pemimpin yang berkuasa. Jika ada pemimpin, mesti ada pengikut dan sistem kepimpinan. Dalam skala besar inilah negara Islam yang mesti ditegakkan.

2. Hadis Nabi yang bermaksud: “Sesiapa yang mati dalam keadaan tidak berbai’ah kepada pemerintah Islam, maka matinya ia dalam jahiliyyah” (Hadith riwayat Muslim)

3. Sirah Rasulullah s.a.w mendirikan negara Islam pertama di Madinah Al-Munawwarah merupakan bukti kukuh bahawa ia adalah kefardhuan yang mesti umat Islam hari ini jejaki. Islam berkembang dengan sangat pesat dengan adanya sebuah negara yang berdaulat.

4. Imam Al-Mawardi berkata dalam kitab beliau yang bertajuk Al-Ahkam Al-Sultaniyyah bahawa ‘aqd al-imamah dan mendirikan kerajaan atas syara’ adalah suatu kewajipan yg disepakati (ijmak) para sahabat dan tabi’in

5. Qaedah Usul Fiqh menyebut ‘Apa yang tidak sempurna suatu perkara wajib tanpanya, maka perkara tersebut adalah wajib’. Contohnya tidak sempurna solat (wajib) tanpa wuduk menyebabkan hukum wuduk bagi menunaikan solat adalah wajib. Begitu juga halnya, tidak sempurna perlaksanaan pelbagai hukum hakam Islam (wajib) seperti seruan jihad, undang-undang hudud, sistem ekonomi, pendidikan dan sebagainya tanpa sebuah negara menyebabkan hukum mendirikan sebuah negara Islam itu adalah wajib!

#MalaysiaNegaraIslam

Ketua Biro Latihan Kepimpinan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma)

Ir Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close