Berita UtamaUtama

Liberalis patut hormati kedudukan Islam di Malaysia

Desakan kaji undang-undang syariah boleh beri kesan serius

BANGI, 5 Jamadilawal 1440H, Jumaat – Desakan pihak tertentu bagi mengkaji semula undang-undang kesalahan jenayah syariah, dalam maksud memansuhkannya, bukan lagi isu baharu, kata Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Beliau berkata, desakan itu berulang kali diutarakan bagi membolehkan rakyat dikawal oleh Kanun Keseksaan, iaitu undang-undang Persekutuan, walaupun telah diberi penerangan yang jelas berkaitan kedudukan undang-undang jenayah syariah di negara ini.

Menulis dalam Sinar Harian hari ini, beliau menjelaskan, Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri mewujudkan kesalahan dan hukuman yang melanggar perintah agama Islam.

Oleh itu katanya, tidak terdapat percanggahan kerana punca kuasanya sendiri berakar umbi daripada Perlembagaaan Persekutuan itu sendiri.

“Memansuhkan undang-undang jenayah syariah yang telah merentasi masa yang panjang ini akan hanya membawa implikasi yang serius dan menafikan hak orang Islam yang mengamalkan agamanya sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Justeru, Zainul Rijal berkata, golongan liberal yang memperjuangkan isu berkenaan serta pemimpin negara hendaklah menghormati kedudukan dan sensitiviti masyarakat Islam arus perdana ini.

Beliau berkata, ini kerana sebarang usaha untuk memansuhkan enakmen jenayah syariah ini tidak langsung dapat diterima orang Islam.

“Sebagaimana Zaaba juga pernah menceritakan perihal orang Melayu iaitu semenjak orang Melayu memeluk agama Islam sehingga ke hari ini, mereka amat setia dan amat keras pegangannya pada agama yang mereka anuti ini.

“Walaupun mereka jahil dari segi pengalaman dan kefahaman agama, mereka tetap menganggap bahawa itulah satu-satunya agama yang terbaik dan benar, dan tidak ada apa pun hujah atau pujukan daripada orang kafir yang boleh mengubah sikap mereka yang demikian itu,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close