Berita UtamaPalestinUtama

VIDEO | Kami jadi saksi mereka korban harta bina masjid di Gaza

Bergembiralah kerana Allah bakal bina rumah anda di syurga

BANGI, 4 Jamadilawal 1440H, Khamis – “Siapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak seumpamanya”. Ini adalah hadis Rasulullah  ﷺ yang diriwayatkan Imam Muslim.

Demikianlah, bagi rakyat Malaysia dan Indonesia yang telah menderma harta mereka berupa wang ringgit, sehingga berdirinya Masjid As Shafie di bandar Gaza, Palestin.

Semoga sumbangan daripada rakyat Malaysia dan Indonesia ini memberikan manfaat kepada seluruh rakyat Palestin.

Ya Rabb, kami menjadi saksi para pewakaf ini telah berkorban harta untuk jihad di jalan-Mu dan membela saudara seakidahnya, kurniakanlah syurga buat mereka.

Bukan setakat masjid, tetapi pembiayaan Sekolah Al Quran Malaysia dan Sekolah Darul Fadhilah di Palestin juga adalah sumbangan umat Islam Malaysia.

Kedua-dua institusi itu yang khusus kepada anak yatim siap pada 2017 lalu.

Pelbagai bentuk bantuan telah diberikan seperti perubatan, pembinaan bangunan, pengurusan tanah pertanian, ladang lembu selain membina khemah pelarian Palestin.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close