Berita UtamaUtama

Sultan Johor pandu Proton 1 hantar PM ke lapangan terbang

JOHOR BAHRU, 4 Jamadilawal 1440H, Khamis – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, hari ini mencemar duli memandu kereta Proton Saga generasi pertama, menghantar Tun Dr Mahathir Mohamad ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Proton Saga berwarna biru dengan nombor pendaftaran Proton 1 itu adalah hadiah Perdana Menteri kepada Sultan Iskandar ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 9 Julai 1985.

Dengan diiringi pengiring bermotosikal, Perdana Menteri duduk di bahagian penumpang depan, sambil dipandu Sultan Johor sejauh kira-kira 25 kilometer ke lapangan terbang dari Istana Bukit Serenee.

Terdahulu, Dr Mahathir menghadap Sultan Ibrahim pada jam 4 petang.

Difahamkan, ia adalah pertemuan pertama beliau dengan Sultan Johor selepas diangkat menjadi Perdana Menteri kali kedua.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close