Berita UtamaDuniaUtama

NGO Palestin desak Israel henti sembur racun di Gaza

Kesihatan, tanaman penduduk terancam akibat bahan kimia Zionis

BAITULMAQDIS, 4 Jamadilawal 1440H, Khamis – Beberapa pertubuhan hak asasi manusia Palestin mendesak rejim pengganas Israel menghentikan segera penyemburan racun berbahaya di Semenanjung Gaza kerana membahayakan kesihatan dan tanaman penduduk di kawasan itu.

Dalam surat yang dikemukakan oleh Pusat Perundangan Hak Minoriti Arab di Israel (Adalah) serta Pusat Perundangan Kebebasan Bergerak (Gisha) menekankan bahawa penyemburan bahan kimia berbahaya itu adalah langkah merosakkan.

“Walaupun penyemburan itu sebenarnya berlaku hanya di pihak Israel, bahan kimia digunakan bertebaran di udara ke Semenanjung Gaza menyebabkan kerosakan teruk kepada tanaman dan kerugian kewangan yang tidak seimbang kepada petani tempatan.

“Justeru, Israel mesti menghentikan semburan berkenaan dan mencari langkah lain yang tidak membahayakan kesihatan petani di Semenanjung Gaza dan tanaman mereka” kata surat itu.

Difahamkan surat berkenaan ditujukan kepada Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu dalam peranannya sebagai Menteri Pertahanan; Ketua Peguam Pertahanan, Sharon Afek dan Peguam Negaram, Avichai Mandelbli.

Dalam pada itu, organisasi berkenaan turut menegaskan, tindakan Israel itu mencabuli hak asasi manusia serta melanggar undang-undang Israel dan antarabangsa.

Memetik laporan media tempatan, 4 Desember lalu, tentera Israel menyembur racun rumput ke kawasan berhampiran pagar yang memisahkan Semenanjung Gaza dari Israel.

Pelbagai tanaman yang ditanam di kawasan berhampiran pagar di kawasan berkenaan rosak akibat perbuatan itu.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close