Berita UtamaUtama

Kucing tak beranak salah Najib, tapi RM1.9 trilion masuk Malaysia

Bekas PM tempelak parti tamak haloba DAP tolak pencapaian kerajaan BN

BANGI, 4 Jamadilawal 1440H, Khamis – Datuk Seri Najib Razak terus menyindir parti tamak haloba DAP kerana mengetepikan ‘pujian’ yang seharusnya dimiliki beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, dalam isu membawa masuk pelabur asing ke Malaysia.

Semalam, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, strategi yang diguna sejak 10 tahun lalu berjaya membawa masuk pelaburan asing bernilai RM1.9 trilion.

Dalam luahan sinis menempelak kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming, bekas Perdana Menteri menulis dalam laman Facebooknya, hari ini:

“Guru besar marah pelajar, salah Najib. Tan Beng Hock dijumpai mati di MACC, salah Najib. Pelaburan MCKIP di Kuantan, Melaka Gateway, Forest City dan Geely beli 49 peratus Proton ialah jual negara, salah Najib. Kucing tak beranak juga salah Najib.”

Ong dalam satu kenyataan hari ini berkata, Najib tidak sepatutnya mengambil kredit daripada kakitangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang bekerja keras menarik pelaburan swasta dalam semua sektor ekonomi di negara ini.

“Sekiranya ada yang patut mengambil kredit, ia mestilah penjawat awam yang bekerja keras di MITI, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), atas usaha bersepadu untuk menarik pelaburan asing dan mempromosikan perdagangan luar,” kata Ong.

Ong berkata demikian sebagai membalas kenyataan Najib semalam yang melahirkan rasa terkejut apabila MITI di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) memuji strategi kementerian itu sejak 10 tahun lalu ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Najib berkata, DAP seolah-olah terasa dan tidak berpuas hati dengan apa yang dinyatakan beliau semalam, dan menafikan haknya serta BN untuk mengambil kredit atas kejayaan itu.

“Orang DAP ini kata semua ini jasa pegawai MITI sahaja – bukan kerana Najib atau pun BN. Najib dan BN tak payah ambil kredit, dia kata.

“Ya, memang pegawai MITI memainkan peranan yang amat penting tetapi dasar pelaburan, hubungan antarabangsa dan sebagaimana ialah dari mana?,” soalnya.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, sewajarnya MCKIP di Kuantan, Melaka Gateway, Forest City dan pembelian saham Geely ke atas Proton bukan lagi menjual negara, malah beliau tidak boleh mengambil kredit terhadap semua projek dan dakwaan itu.

“Habis itu, yang dulunya ‘jual negara’ dengan projek-projek ini bukan saya? Yang jual negara masa itu ialah MITI ke? Hari itu bila saya melawat River of Life, orang DAP ini juga mengeluarkan kenyataan untuk menyeru saya jangan hanya tengok di tepi sungai.

“Dia kata saya perlu masuk ke dalam sungan juga, pergi berkayak di sungai Gombak juga, seru dia. Orang DAP macam ini bukan sahaja penipu dan penghasut, tetapi mereka tidak pernah berasa malu semasa menipu. Logik mereka adalah masalah,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close