Berita UtamaDuniaUtama

Gadis Arab Saudi lari daripada keluarga diiktiraf pelarian

Australia pertimbang Rahaf Mohammed al-Qunun diberi taraf pelarian

SYDNEY, 4 Jamadilawal 1440H, Khamis – Wanita Arab Saudi yang melarikan diri daripada keluarganya semakin hampir mendapatkan suaka politik selepas Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) mengesahkan dia sebagai pelarian dan meminta Australia menerimanya.

Rahaf Mohammed al-Qunun, 18, tiba di Bangkok, Sabtu lalu untuk memohon suaka politik, tetapi terkandas di lapangan terbang dan dihalang memasuki Thailand.

Gadis berkenaan kemudiannya membuat naik kiriman menerusi akaun Twitter menyatakan dia telah melarikan diri dari keluarganya yang ketika itu sedang melawat Kuwait dan mendakwa nyawanya dalam bahaya jika dihantar pulang.

Untuk mengelak daripada dihantar pulang oleh pihak berkuasa Thailand, Rahaf mengurung diri dalam bilik hotel di lapangan terbang di Bangkok.

Rahaf memberitahu Reuters bahawa dia melarikan diri dari Kuwait dan merancang untuk ke Australia dari Thailand bagi mendapatkan suaka politik.

Selasa lalu, Australia memaklumkan bahawa negara itu akan mempertimbangkan Rahaf sebagai pelarian.

Kenyataan itu memberi petunjuk kuat bahawa permohonan Rahaf untuk mendapatkan suaka politik akan diterima.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close