Berita UtamaDuniaPalestinUtama

Abbas desak Kaherah tutup pintu lintasan sempadan Rafah

Bekas diplomat Mesir dedah cubaan presiden PA malukan Kaherah

GAZA, 4 Jamadilawal 1440H, Khamis – Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas mengenakan tekanan ke atas Kaherah untuk menutup pintu lintasan sempadan di Rafah, dedah bekas diplomat Mesir.

Memetik laporan rangkaian berita Safad hari ini, bekas duta Abdullah Al-Ash’al berkata, PA dan Presiden Pergerakan Kebangsaan Rakyat Palestin (Fatah) menarik keluar kakitangannya di pintu lintasan itu bagi memalukan Kaherah.

Isnin lalu, PA menarik keluar semua kakitangannya yang bertugas di pintu lintasan sempadan Rafah-Semenanjung Sinai, Mesir, dan menyerahkan urusan di situ kepada Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Berikutan itu, Kaherah mengumumkan mereka menutup pintu masuk ke Mesir, tetapi kekal membuka laluan kepada rakyat Palestin yang mahu pulang ke Semenanjung Gaza.

Terdahulu, Abbas bertemu Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi di Kaherah.

Butiran lanjut mengenai pertemuan itu tidak diketahui, tetapi pemerhati berpendapat ia bertujuan mendesak Mesir memperkukuhkan cengkaman ke atas Gaza yang dikuasai Hamas.

Sementara itu, Hamas berkata, delegasi Mesir akan melawat Semenanjung Gaza dan bertemu pemimpinnya bagi membincangkan masalah pintu lintasan Rafah, lapor Al-Watan.

Pegawai kanan Hamas, Ali Baraka dipetik sebagai berkata, delegasi itu akan tiba esok bagi membincangkan masalah pintu sempadan selepas PA menarik keluar kakitangannya. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close