Berita UtamaDuniaUtama

Ribut, hujan lebat musnahkan khemah pelarian Syria

Ramai pelarian terjejas masih mencari tempat berlindung

BEIRUT, 3 Jamadilawal 1440H, Rabu – Mereka dalam kesejukan. Kebanyakan khemah yang menjadi tempat perlindungan hampir musnah disebabkan ribut dan hujan lebat.

Suruhanjaya Pelarian bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) berkata, ribut itu memusnahkan 15 penempatan dan lebih kurang 66 penempatan yang lain turut mendapat kesan yang teruk.

Lebih sejuta warga Syria melarikan diri ke Lubnan sejak perang saudara tercetus di negara mereka pada 2011, dan terpaksa hidup dalam keadaan kemiskinan.

Tatkala musim sejuk menjelma, ribuan pelarian Syria yang tinggal di kem-kem sementara yang diperbuat daripada khemah, berhimpitan antara satu sama lain di Lubnan, bekalan makanan pula kekurangan.

Berikutan itu, pelarian Syria terpaksa tidak tidur pada waktu malam disebabkan air yang membanjiri khemah mereka.

”Air setinggi setengah meter. Perang di Syria memaksa kami berada dalam keadaan ini,” kata Hussein Zeidan yang datang ke Lubnan dari Homs di Syria pada 2011.

Hussein tinggal di perkhemahan dekat sungai di wilayah Akkar, utara Lebanon.Beliau dan beberapa penduduk yang lain berkata, ribut menyebabkan mereka dan anak-anak kehilangan pakaian, perabot dan makanan.

Abu Shahid, yang melarikan diri dari Hasaka di Syria tiga tahun lalu bersama keluarganya, menggambarkan bagaimana khemahnya telah tenggelam sepenuhnya dan merosakkan semua barang milik keluarganya.

“Satu-satunya penyelesaian ialah meninggalkan barang-barang kami dan bergerak, lari demi menyelamatkan nyawa… air di mana-mana, ke mana kami boleh pergi?,” katanya.

Malam tadi, dia dan isteri berserta dua orang anaknya terpaksa menumpang tidur di khemah jiran.

Di Lembah Bekaa di timur Lubnan, cuaca sejuk turut menyebabkan salji. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close