Uncategorized

Eric Liew antara tiga ditangkap hina Sultan Muhammad V

Suspek disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948

BANGI, 3 Jamadilawal 1440H, Rabu – Polis menangkap tiga individu, termasuk ‘Eric Liew’ kerana memuat naik komen berunsur hinaan terhadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, susulan peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong, Ahad lalu.

Ketiga-tiga yang ditahan semalam, ialah Eric Liew Chee Ling yang juga pemilik akaun Facebook Eric Liew; Azham Akhtar Abdullah (pemilik akaun Twitter @azhamakhtar); dan Nur Alia Astaman (pemilik akaun Twitter @aliaastaman).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, ketiga-tiga suspek disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

“PDRM menerima beberapa laporan polis berhubung tindakan pemilik akaun di media sosial yang memuat naik komen berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V.

“Ekoran itu, tiga individu ditahan pada 8 Januari (semalam) bagi membantu siasatan termasuk individu yang menggunakan nama Eric Liew di Facebook. Semua individu itu berusia 26, 27 dan 46 tahun,” katanya.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menasihatkan masyarakat supaya menggunakan medium laman sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat provokatif atau memanipulasi isu peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong XV sehingga boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negara ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak mendesak tindakan segera dan tegas diambil terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Muhammad V berhubung peletakan jawatan baginda.

Eric Liew, bekas kakitangan Cisco Asean dalam laman Facebooknya menulis kata-kata berunsur penghinaan terhadap Sultan Muhammad V. Dia menulis ‘Too busy fornicating with his new bride’ (Terlalu sibuk berzina dengan isteri baharunya) dalam ruang komen berita ChannelNewsAsia.com.

Hina Agong: Polis sudah buka kertas siasatan

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close