Berita UtamaDuniaUtama

UNHCR siasat kes wanita Arab Saudi mohon suaka politik

Kerajaan Riyadh tidak pernah mohon untuk ektradisi Rahaf al-Qunun

BANGKOK, 2 Jamadilawal 1440H, Selasa – Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) menyiasat kes wanita Arab Saudi yang didakwa melarikan diri daripada keluarga dan berkurung dalam bilik hotel di lapangan terbang di sini, untuk mengelakkan daripada dihantar pulang oleh pihak berkuasa Thailand.

Rahaf Mohammed al-Qunun, 18, mendakwa dia cuba melarikan diri daripada keluarga kerana menderanya secara fizikal dan psikologi selepas menaiki pesawat dari Kuwait ke Thailand minggu lalu.

Rahaf bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki Thailand oleh pegawai imigresen Sabtu lalu.

Pihak berkuasa Thailand menafikan tindakan itu dibuat atas arahan kerajaan Arab Saudi dan berkata, wanita itu tidak memiliki dokumen perjalanan yang betul untuk mendapatkan visa.

Bagaimanapun selepas menahan Rahaf hampir 48 jam di lapangan terbang Bangkok, pihak berkuasa Thailand akhirnya membenarkan beliau memasuki negara itu semalam.

Rahaf kini tinggal di sebuah hotel di sini, sementara menunggu permohonan status pelariannya diproses oleh UNHCR, bagi membolehkan dia memohon suaka politik.

Wakil UNHCR di Thailand, Giuseppe de Vincentiis dalam satu kenyataan berkata, ia akan mengambil masa selama beberapa hari untuk memproses kes ini dan menentukan langkah seterusnya.

“Kami berterima kasih kepada pihak berkuasa Thailand tidak menghantarnya (Rahaf) pulang kerana ia bukan kehendaknya serta terus melindunginya,” katanya.

Sementara itu, ketua imigresen, Surachate Hakparn ketika bertemu kedutaan Arab Saudi hari ini berkata, kedutaan berpuas hati dengan cara pengendalian kes berkenaan.

“Kerajaan Arab Saudi tidak pernah memohon untuk mengekstradisi beliau. Pihak kedutaan menyifatkan isu ini sebagai hal ehwal keluarga,” kata kedutaan itu menerusi akaun Twitter. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close