Berita UtamaDuniaUtama

Enam maut kapal karam di Laut Hitam

Tujuh kru berjaya diselamatkan pengawal pantai Turki

ANKARA, 2 Jamadilawal 1440H, Selasa – Enam kru kapal disahkan terbunuh selepas kapal bendera Panama karam di Laut Hitam, utara wilayah Samsun Turki, kata pejabat Gabenor semalam.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri, pihaknya mendapat panggilan kecemasan dari Volgo Balt 214 pada jam 8.10 pagi.

Susulan itu, dua bot, tiga helikopter, dan pesawat dihantar bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Gabenor Samsun Osman Kaymak berkata, tujuh daripada 13 kru kapal berjaya diselamatkan oleh pasukan pengawal pantai Turki.

Beliau berkata, semua mangsa yang selamat berada dalam keadaan baik dan siasatan awal menunjukkan cuaca buruk adalah faktor insiden berlaku.

Katanya, salah seorang mangsa memberitahu bahawa ombak besar memusnahkan sebahagian kapal sebelum kapal itu karam.

Kapal berkenaan menuju ke Samsun dari pelabuhan Rusia Azov dengan membawa arang batu. – Agensi

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close