Berita UtamaTULARUtama

Ular dalam laci meja murid

KEJADIAN dikatakan berlaku di Sekolah Kebangsaan Kagmpung Kuantan, Batang Kali di Hulu Selangor, tengah hari Jumaat lalu.

Menurut catatan di dalam laman Facebook, seorang murid tidak menyedari ular berlingkar di dalam laci mejanya, sehinggalah waktu tengah hari apabila dia mahu menyimpan bukunya.

Murid berkenaan dikatakan berasa hairan kerana menyentuh sesuatu yang lembik dan sejuk di dalam laci mejanya.

Dia terperanjat apabila mendapati terdapat ular di dalam laci mejanya sebelum memaklumkan kepada guru, yang kemudian menghubungi anggota bomba.

Anggota bomba yag tiba kemudian menangkap ular tedung yang hidup itu sambil menyifatkan murid berkenaan bertuah kerana tidak dipatuk.

Sehubungan itu, pengguna media sosial meminta ibu bapa supaya menasihatkan anak masing-masing supaya memeriksa dahulu laci meja di bilik darjah setiap pagi.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close