Kata Pedang

Takhta bergoncang?

Adakah benar Sultan Muhammad V akan 'meletak jawatan' Yang Dipertuan Agong atau 'diminta mengundurkan diri oleh pihak lain' menjadi bualan di kalangan rakyat

MEDIA luar negara mula tertarik untuk meuar-uarkan ‘khabar angin’ yang melingkari kedudukan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-15, termasuk ‘pernikahan’ baginda dengan bekas ratu cantik di Russia.

Kadang-kadang Pedang pun pelik dengan agenda media asing ini. Kalau setakat media Malaysia, blog dan media sosial kita mainkan atau sebarkan ‘khabar angin’ itu, tidak mengapa lagi.

Tapi, apabila media luar pun mula menyebarkan ‘khabar angin’ atau ‘rumours’ berkenaan ‘cerita’ sedemikian, kita rasa pelik. Betul ke tidak ‘khabar angin’ ini?

‘Khabar angin’ bahawa Sultan Muhammad V akan meninggalkan Istana Negara atas ‘kehendak sendiri’, atau ‘diminta mengundurkan diri oleh pihak lain’, mula berlegar di ruang media sosial sejak Isnin lalu.

Ia susulan cuti dua bulan yang diambil oleh baginda untuk mendapatkan rawatan, dan jawatan Yang Dipertuan Agong dipangku Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

‘Khabar angin’ itu menjadi semakin kencang apabila media arus perdana melaporkan bahawa Majlis Raja-Raja telah mengadakan mesyuarat khas (di luar jadual) malam Rabu lalu.

Tetapi tujuan mesyuarat tidak dinyatakan, sebaliknya – disebabkan ‘khabar angin’ itu tercetus pada Isnin – maka andaian dibuat bahawa perjumpaan malam Rabu itu ada kaitan dengan Sultan Muhammad V sebagai Yang Dipertuan Agong.

Baginda dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 berkuat kuasa 13 Disember 2016 bagi tempoh lima tahun, yang akan tamat pada 2021.

Pedang sendiri dihujani pertanyaan daripada rakan-rakan, terutama daripada kalangan pengamal media arus perdana yang rapat dengan Pedang dulu, mengenai kebenaran ‘khabar angin’ itu.

Jawapan Pedang kepada mereka sekadar meminta mereka ‘memerhati’ dan ‘mengkaji’ suasana dalam negara selepas Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan hingga ke hari ini.

Antara yang Pedang suruh mereka ‘perhati’ dan ‘kaji’ ialah:

1. Hubungan Sultan Muhammad V sebagai Yang Dipertuan Agong dengan kerajaan yang mentadbir negara sekarang ini;

2. Kewibawaan sumber yang membawa ‘khabar angin’ itu. Sebagai pengamal dan penyalur maklumat yang bertanggungjawab, kita kena pastikan kewibawaan si pencerita itu;

3. Yang paling penting kena ‘perhati’ dan ‘kaji’ ialah Istana Negara atau Majlis Raja-Raja itu sendiri. Kenapa kedua-dua institusi ini masih diam. Belum ada kenyataan yang dikeluarkan sama ada mengesahkan atau menafikan ‘khabar angin’ itu.

Mustahil Istana Negara atau Majlis Raja-Raja tidak mengetahui ‘khabar angin’ yang disifatkan sesetengah pihak sebagai ‘menganggu privasi raja’ dan mendesak Peguam Negara mengambil tindakan terhadap penyebar ‘khabar angin’ ini.

Pedang pun rasa pelik juga berkenaan desakan supaya Peguam Negara ambil tindakan. Adakah rakyat tak boleh langsung bercakap mengenai raja-raja. Isu nak pegang jawatan, nak letak jawatan, nak bercuti, nak berkahwin, nak dapatkan rawatan, pengganti raja – adakah ini pun rakyat yang selalu mendaulatkan raja, tidak boleh bercakap.

Senang sahaja untuk menghapuskan ‘khabar angin’ ini. Istana Negara atau Majlis Raja-Raja keluarkan sahaja kenyataan kepada media untuk disebarkan. Tetapi, setakat ini belum ada kenyataan rasmi yang dibuat.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun, dengan sedikit klu berhubung ‘khabar angin’ itu media beralih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Tentunya sebagai Perdana Menteri, sedikit sebanyak beliau mengetahui apa yang berlaku, apa lagi jika membabitkan Ketua Negara.

Lalu, Pedang pun kata kepada rakan-rakan yang bertanya: “Kajilah kenyataan Tun M sama”.

Pedang ulang rentetan ‘khabar angin’ itu:

1. Mula tersebar pada Isnin;
2. Media melaporkan Majlis Raja-Raja bermesyuarat malam Rabu;
3. Perdana Menteri menulis mengenai ‘The Rule Of Law’ dalam blog beliau pada Rabu. Antara yang beliau tulis ialah:

The basic law of Malaysia is the constitution. It is a comprehensive body of laws which determines the legal structure of Malaysia from the Yang Di Pertuan Agong to the Rulers of the States, to the Federal and State Governments and the bodies empowered to rule and enforce. All other laws are derived from the constitution. No law which in any way negates the constitution may be promulgated.

The Rule of Law applies to everyone from the Rulers to the Prime Minister and Ministers, to the civil servants and ordinary citizens.

There is no provision which exempts anyone from the Rule of Law. For the Rulers there is a special court but the laws are the same as the laws applicable to ordinary citizens. The Rulers too must respect the laws.

It is disturbing to see blatant breaches of the law being perpetrated in the mistaken belief that immunity has somehow been accorded.

Tun juga menulis:

This being so, public complaints against such actions are legitimate and do not breach any law. They will not be considered as sedition in any way. They will be regarded as free speech. Citizens can make reports on these matters or openly speak about them.

4. Semalam (Jumaat) media bertanya kepada Dr Mahathir – Adakah Sultan Muhammad V masih Yang Dipertuan Agong? – Jawapan Tun M ialah “setakat yang saya tahu”.

Maka, kajilah jawapan itu. Bagi Pedang jawapan “setakat yang saya tahu” menunjukkan ketidakpastian, tetapi mungkin Pedang juga khilaf membaca ayat jawapan itu. Wallahualam.

Dan, Mengikut susunan gilir, raja yang akan menjadi Yang Dipertuan Agong Ke-16, adalah Sultan Johor.

Kata Pedang: Menteri mana yang anaknya kena tangkap hisap ganja? Rokok bahaya, ketum lagi bahaya.

Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

—————————————————————————————————————

Pelantikan Yang Dipertuan Agong adalah sistem paling unik di dunia, iaitu ia digilirkan di kalangan sembilan Raja-Raja Melayu di negeri-negeri yang membentuk Malaysia – tanah Melayu.

Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dahulunya dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ialah Perak; Negeri Sembilan; Selangor; dan Pahang, manakala Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis; Kedah; Kelantan; Terengganu; dan Johor.

Walaupun, Pulau Pinang; Melaka; Sarawak; dan Sabah, menjadi anggota dalam Majlis Raja-Raja, mereka tidak berpeluang mengundi dan menjadi Yang Dipertuan Agong.

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan kepada kekananan dan giliran yang ditetapkan. Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja melalui undi rahsia bagi menentukan pengganti bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong.

Syarat yang akan diambil kira ialah:

1. Kekananan di kalangan Sultan dan Raja;
2. Baginda berkenan untuk menjadi Yang Dipertuan Agong;
3. Tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental;
4. Raja yang berada di kedudukan teratas;
5. Mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain; dan
6. Bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.

Namun, ada juga beberapa faktor lain yang diambil kira.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close