Uncategorized

‘Sultan Muhammad V letak jawatan Agong hanya khabar angin’

Kerajaan Kelantan tidak terima sebarang maklumat: Timbalan MB

BANGI, 26 Rabiulakhir 1440H, Khamis – Kerajaan PAS Kelantan memaklumkan tidak menerima maklumat rasmi mengenai peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Memetik laporan media tempatan, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan ura-ura yang tersebar dalam media massa sejak semalam, hanya khabar angin dan orang ramai tidak perlu mempercayainya.

Katanya, khabar angin itu adalah sebahagian usaha berterusan pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah kerajaan PAS Kelantan disebabkan hubungan erat dengan Yang di-Pertuan Agong.

“Kalau kita baca dari segi politiknya, ini adalah sebahagian usaha jatuhkan maruah kerajaan negeri sebab dia tahu hubungan kerajaan negeri dengan Yang di-Pertuan Agong ini rapat.

“Jadi kalau boleh dikenakan sesuatu kepada Yang di-Pertuan Agong maka akan dipalitkan sama kepada kerajaan negeri,” katanya.

Beliau mengesahkan Sultan Muhammad V mengambil cuti selama dua bulan baru-baru ini atas faktor kesihatan.

Beliau turut kesal kerana pihak berkuasa, terutama Peguam Negara membiarkan khabar angin dan tohmahan ke atas Yang di-Pertuan Agong tersebar tanpa tindakan dari dahulu sehingga sekarang.

“Perkara ini sudah lama berlaku, mula-mula ada satu, dua khabar angin, tetapi oleh kerana tiada tindakan maka orang menjadi semakin berani.

“Kita pun ingin tahu apa yang Peguam Negara buat sehingga orang boleh sebar macam-macam mengenai Yang di-Pertuan Agong.

“Sepatutnya Peguam Negara mengambil tindakan dan perhatian kerana kita bukan bercakap tentang seorang individu tetapi satu institusi,” katanya.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close