ArtikelUtama

Tanggungjawab umat sebarkan penyelewengan puak liberal G25

Kumpulan dianggotai Melayu yang kononnya profesional mendukung fahaman liberal mengeluarkan pendapat bertentangan dengan Islam

1. MalayMail melaporkan dakwaan kumpulan liberal G25 yang menegaskan bahawa membangunkan Malaysia dengan model negara Islam hanya akan membawa kepada kemunduran dan kemiskinan.

2. G25 dikatakan memberikan respon balas ini terhadap kempen yang dimulakan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) yang berjuang memartabatkan Islam sebagai sebuah negara Islam.

3. Sebelum ini, kumpulan G25 yang mendukung fahaman liberal ini telah diselar dan disifatkan oleh JAKIM sebagai kumpulan yang cuba membawa masuk fahaman liberal yang menyeleweng ke dalam negara ini.

4. Pada tahun 2015, kumpulan liberal G25 ini pernah mendesak agar hukuman khalwat dimansuhkan. Menurut mereka, hukuman khalwat ini telah melanggar hak kebebasan peribadi seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

5. Ketika Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan menjalankan kempen solat berjemaah kepada pelajar, salah seorang ahli G25, Datin Noor Azimah Abdul Rahim, dilaporkan pernah memberi amaran kepada PPD itu kerana tidak bersetuju dengan kempen berkenaan.

Anehnya, Noor Azimah kemudian dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan di era Malaysia Baharu. Lantikan ahli G25 dalam majlis itu mendapat bantahan daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

6. Bimbang akan fahaman liberal yang disebarkan oleh kumpulan G25 ini, Mufti Kedah pula pernah mencadangkan agar kumpulan ini dibubarkan.

7. Apa yang dibawa oleh kumpulan liberal G25 ini dilihat bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam. Mereka bukan sahaja melihat model negara Islam sebagai satu kegagalan, malah mendakwa model ini hanya membawa kepada kemunduran. Mereka turut mempertikaikan beberapa panduan syariat seperti hukum khalwat dan galakan solat berjemaah.

8. Adalah menjadi tangggungjawab muslim untuk menerangkan penyelewangan yang dibawa oleh kumpulan liberal ini dan bersama menyokong ke arah pembubaran G25 seperti yang pernah diusulkan oleh Mufti Kedah.

Moga Allah membimbing kita semua.

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak ada kaitan dengan portal Islam dan Melayu – Ismaweb.net atau Media Isma Sdn Bhd.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close