ArtikelDr Ahmad Sanusi AzmiUtama

Jauhi hiburan melampau

1. LIMA individu telah ditahan di program Neon Countdown malam tadi. Ada yang dikatakan positif dadah. Walaupun telah mendapat bantahan dari penduduk setempat dan NGO-NGO Islam, program seperti ini masih berlangsung.

2. Malah 30 Disember yang lalu, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq dikatakan akan meneruskan program konsert K-Pop sekalipun mendapat bantahan dari pelbagai NGO Islam. Program hiburan sebegini dibimbangi memberi kesan yang tidak baik buat pembangunan belia negara. Alangkah baiknya andai program seperti ini dapat mengikuti garis panduan yang telah diletakkan oleh badan berautoriti Islam.

3. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Kali ke-2 pada 12-13 Mei 1981 telah membincangkan mengenai Hukum Nasyid dan Pancaragam. Muzakarah telah memutuskan: nyanyian yang didendangkan mestilah mempunyai senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat.

4. Muzakarah juga menetapkan supaya tidak berlaku percampuran bebas antara lelaki dengan perempuan. Pergaulan yang tidak terbatas dicegah bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar berlaku.

5. Sementara itu, Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Kedah telah mengeluarkan fatwa mengenai pemakaian alat-alat muzik yang bersifat tradisi atau moden. Minit mesyuarat Jawatankuasa Fatwa No. 5/93 bertarikh 30 Januari 1993 telah merumuskan antara: 

“tidak disertai perkara-perkara yang haram seperti arak, judi, wanita yang menari serta perkara kefasikan selama tidak melalaikan dari kewajipan-kewajipan khusus, kewajipan agama seperti solat.”

6. Pada 2 Mei 2011, Jabatan Mufti Perlis telah mengeluarkan Garis Panduan Acara Persembahan, Konsert dan Hiburan antara lain menegaskan pihak penganjur: 

“Hendaklah menjemput artis yang berimej baik dan membawa mesej pendidikan kepada masyarakat.”

7. Dalam garis panduan karnival dan hiburan yang keluarkan oleh Mufti Perak pada 16 Jun 2008, Tan Sri Harussani mengingatkan: 

“Penggiat seni Muslim supaya membentuk industri perniagaan dan hiburan yang tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang menurut acuan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul SAW.”

Moga Allah membimbing kita.



Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak ada kaitan dengan Ismaweb.net atau Media Isma Sdn Bhd.

 

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close