Pendapat

2019 tahun kebangkitan pertahan kedaulatan wilayah Islam

Pejuang agenda liberal demokratik tiada kedudukan di Malaysia

BUKAN satu ilusi lagi tahun 2019 yang menjengah kini adalah antara tahun-tahun yang cukup mencabar.

Saya sifatkan tahun 2019, adalah tahun untuk kebangkitan golongan muda muslim profesional dari segenap aspek dan sudut meliputi kenegaraan, politik, ekonomi dan maslahah ummah secara keseluruhan.

KENEGARAAN

Adalah penting bagi kita agar menanam rasa peri pentingnya menjaga sebuah kedaulatan yang terdiri sejak sekian lama melangkaui garis tarikh kemerdekaan 31 Ogos 1957.

Semangat kecintaan terhadap watan setiap dari kita perlu dibangkitkan semula kepada titik asas paling utama iaitu mengembalikan kegemilangan dan mempertahankan kedaulatan wilayah Islam.

Dalam masa yang sama memberi kesedaran bahawa setiap warganegara yang berada di tanah air ini tidak kira perbezaan latar belakang agama, bangsa dan warna kulit dapat hidup aman dan harmoni di bawah urus tadbir Islam yang profesional, adil dan saksama.

POLITIK

Kita perlu mendukung iltizam untuk mengembalikan suasana politik yang utuh serta stabil didominasi oleh orang Melayu dan Islam yang profesional, wibawa dan kompeten.

Politik tidak boleh lagi hanya didasari dendam kesumat, politik keluarga, kronisme dan wang.

Kita mahu Politik Malaysia yang segar, berwawasan dan punya agenda yang lebih besar sesuai dengan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang di bawahnya berdiri warganegara berbilang agama dan budaya.

EKONOMI

Tahun 2018 Malaysia memilih untuk sebuah ekonomi negara yang mampan. Kestabilan ekonomi dan pembebasan dari cengkaman hegemoni ekonomi dari negara luar.

Malaysia juga memilih atas dasar pembaikan ekonomi marhaen. Harga barang keperluan, harga petrol, harga makanan dan kuasa beli rakyat ini semua menjadi keutamaan.

Justeru, kita semua menuntut agar kerajaan memberi keutamaan terhadap sudut pembaikan ekonomi negara dan rakyat marhaen.

UMMAH

Tahun 2018, Dataran Merdeka menjadi saksi, 1.5 juta rakyat Malaysia yang cintakan tanah air telah berkumpul.

Memberi isyarat kepada kerajaan yang mendiami Putrajaya agar tidak sewenang-wenangnya mencabuli tanah air ini dengan kuasa yang ada.

Kami tidak akan berdiam, sekiranya wujud usaha dari kerajaan untuk menganggu-gugat Perlembagaan Persekutuan.

Terutamanya terhadap perkara yang menyentuh hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Kami memberi isyarat kepada pejuang agenda liberal demokratik yang kini berada dalam kerajaan bahawa tiada tempat untuk kamu dan agenda asing kamu di dalam negara bernama Malaysia.

2019 KITA DI HADAPAN

Saya menyeru, setelah apa yang berlaku pasca 9 Mei 2018 yang lalu, orang Melayu Islam, khususnya rakan-rakan profesional muslim yang berada di bandar untuk tidak lagi takut bersuara dan menunjukkan sokongan kebersamaan dalam isu yang menyentuh maslahah ummah.

Tahun 2019, ummah kehadapan!

Perjuangan Belum Selesai

Hazwan Mohamad,
Presiden Professional Muslim Community
Timbalan Pengerusi UMMAH

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak ada kaitan dengan Ismaweb.net atau Media Isma Sdn Bhd.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close