Uncategorized

49,480 tandatangan petisyen tuntut iktiraf Malaysia negara Islam

Petisyen dilancar Jumaat lalu tuntut PM isytihar secara jelas di Parlimen

BANGI, 23 Rabiulakhir 1440H, Isnin – Setakat jam 9 malam ini, 49,480 rakyat sudah menandatangani petisyen  atas talian bagi menuntut pengiktirafan dan penegasan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Petisyen yang dilancarkan Sekretariat Malaysia Negara Islam (MNI) sejak Jumaat lalu menegaskan istilah sekular tidak pernah wujud dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Justeru, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad digesa untuk mengisytiharkan secara jelas di dalam Parlimen bahawa Malaysia ialah negara Islam.

Petisyen juga menuntut Ahli-Ahli Parlimen untuk menyokong di dalam Parlimen bahawa Malaysia ialah Negara Islam.

“Yang Di-Pertuan Agong menitahkan dengan jelas bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam, sekaligus menafikan Malaysia sebagai negara sekular,” kata petisyen itu. 

Sekretariat itu berkata, pengisytiharan ini perlu berikutan terdapat laungan dan desakan bahawa Malaysia adalah negara sekular. 

“Kini, pejuang-pejuang negara sekular ini telahpun menjadi sebahagian dari kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini. 

“Malah, arus anak-anak muda yang terpengaruh dan menyokong agenda negara sekular ini juga kuat kedengaran di media-media sosial. 

“Ini adalah satu penghinaan kepada umat Islam, khususnya kepada nenek moyang kita yang telah bertungkus-lumus menegakkan dan menyediakan batu asas kepada negara Islam yang kita nikmati pada hari ini,” kata petisyen itu.

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close