Berita UtamaDunia

Pejabat perhubungan Israel dibuka di Maghribi

Sudan turut sepakat buka kedutaan selepas lawatan Menteri Perisikan Israel

RABAT, 14 Jamadilakhir 1442H, Rabu – Pejabat perhubungan Israel di Rabat dibuka, semalam dan bekas Duta Besar Israel ke Mesir, David Govrin ditugaskan untuk menjalankan misi itu, lapor The Jerusalem Post.

Fasiliti berkenaan telah beroperasi pada tahun 1990-an tetapi ditutup di tengah-tengah Intifada Palestin Kedua (pemberontakan).

Sekumpulan peguam Maghribi mengecam perjanjian negara itu menormalkan hubungan dengan rejim Israel.

Sebelum ini, Konsulat Israel di Dubai juga dibuka, selain Sudan dan Israel sepakat untuk membuka kedutaan dalam lawatan Menteri Perisikan Israel, Eli Cohen ke ibu negara Khartoum.

Banyak pemerintah Arab sebelum ini berpegang pada perjuangan Palestin dan menahan diri daripada menjalin hubungan dengan rejim Israel.  

Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, laporan mulai muncul dari beberapa pemerintah Arab, termasuk Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang melakukan hubungan rahsia dengan Israel, sambil memberikan alasan pembebasan Palestin dari penjajahan Israel.

Pegawai Israel kemudian mula melakukan lawatan ke beberapa negara di rantau ini, termasuk UAE dan Oman.

September lalu, pemerintahan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendorong sejumlah negara Arab untuk menormalkan hubungan dengan Tel Aviv.

UAE menandatangani perjanjian normalisasi pertama dengan Israel pada 15 September tahun lalu, sebelum disusuli oleh Bahrain, Sudan dan Maghribi.

Rakyat Palestin mengutuk perjanjian normalisasi dengan menyebutnya sebagai pengkhianatan terhadap tujuan perjuangan mereka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button