Amerika SyarikatBerita UtamaDuniaUtama

VIDEO | Pelajar muslim berhijab dipukul di sekolah tinggi

Pihak berkuasa perundangan AS tolak insiden bermotifkan agama


PENNSYLVANIA, 14 Rabiulakhir 1440H, Sabtu
– Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah tinggi di Pittsburgh di sini, bakal berdepan pendakwaan selepas dia memukul rakan sekolahnya beragama Islam sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Agensi berita Turki, Anadolu, melaporkan kejadian itu berlaku beberapa hari lalu di dalam tandas pelajar perempuan Sekolah Tinggi Chartiers Valley.

Video kejadian itu menjadi tular di laman Facebook menunjukkan pelajar muslim yang memakai hijab keluar dari tandas sebelum berdepan dengan seorang pelajar lain.

Pertengkaran menjadi ganas apabila penyerang menolak pelajar muslim yang juga seorang pelarian Syria. Ketika cuba mempertahankan diri, dia ditolak sehingga jatuh oleh seorang pelajar lain dan terus dipukul.

Berikutan itu, Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR), pertubuhan hak asasi muslim terbesar di Amerika Syarikat (AS), mendesak pihak berkuasa Persekutuan menyiasat kejadian itu sebagai jenayah kebencian.

CAIR juga membantu keluarga pelajar terbabit dengan menyediakan peguam.

“Selepas video itu dirakam, pelajar muslim berkenaan terus dipukul dan dia terpaksa mendapatkan rawatan di hospital,” kata Pengarah CAIR Pittsburg, Zohra Lasania.

Keluarga pelajar terbabit berasal dari Syria yang tinggal selama dua tahun di kem pelarian sebelum dibenarkan memasuki AS.

“Mereka (pelarian Syria) melarikan diri daripada anarki, kekerasan, dan kehancuran sistem sosial dan pemerintahan sehingga mereka datang ke tempat yang beradab, dan kami semua meyakinkan mereka bahawa ini adalah tempat paling beradab di dunia

“Menyaksikan keganasan ini berlaku adalah sesuatu yang mengecewakan,” kata Presiden CAIR Pittsburg, Safdar Khwaja, kepada media tempatan.

Polis masih menyiasat kejadian itu, tetapi pihak berkuasa perundangan berkata, insiden berkenaan tidak kelihatan seperti bermotifkan keagamaan atau perkauman. – Anadolu

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close