Utama

UMMAH akan terus desak Waytha Moorthy letak jawatan

Berharap Dr Mahathir akur kehendak rakyat lucut jawatan menteri perpaduan

BANGI, 12 Rabiulakhir 1440H, Khamis – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) tidak akan berhenti mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy meletakkan jawatan.

Pengerusinya, Haji Aminuddin Yahaya berkata, pihaknya akan menyerahkan memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri esok, bagi mendesak pelucutan jawatan Waytha Moorthy selaku menteri.

Katanya, penyerahan memorandum akan dilakukan selepas himpunan solidariti suara ummah “Justice For Adib” di hadapan Masjid Putra di Putrajaya.

“Himpunan akan diadakan selepas solat Jumaat. Kita akan ada doa dan tahlil ringkas untuk Allahyarham Adib. Kemudian baru kita serahkan memorandum. Kita jangka ramai akan hadir esok,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai respon Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan desakan pengunduran Waytha Moorthy, Aminuddin mengharapkan supaya perdana menteri akan akur dengan kehendak rakyat.

“Saya yakin beliau akan terima. Saya harap beliau akan mempertimbangkan dan mendengar suara rakyat ini. Jika usaha ini tidak berhasil kami akan adakan tindakan susulan.

“Kalau perlu kita akan berkumpul lebih ramai lagi, apa sahaja untuk pastikan Waytha Moorthy yang memegang portfolio perpaduan meletakkan jawatan,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close