Berita UtamaUtama

PM terima Ijazah Kehormat Kedoktoran Rangsit University

Presiden RUS puji pencapaian Malaysia di bawah kepimpinan Dr Mahathir

BANGKOK, 8 Rabiulakhir 1440H, Ahad – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam Kepimpinan Sosial, Perniagaan dan Politik daripada Rangsit University (RUS) Thailand di kampus induknya di daerah Mueang Pathum Thani, 30 kilometer dari sini.

Dr Mahathir dianugerah ijazah kehormat itu pada majlis konvokesyen ke-34 universiti berkenaan yang mana 5,950 graduan universiti itu turut menerima ijazah masing-masing dalam sesi yang diadakan pada sebelah pagi dan tengah hari.

Perdana Menteri Malaysia adalah tokoh umum berprofil tinggi keempat yang dianugerah ijazah kedoktoran kehormat oleh universiti berkenaan selepas mendiang Puteri Srinagarindra (Somdet Ya), Raja Bhutan Jigme Khesar Namgyel Wangchuck (2009) dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe (2016).

Majlis penganugerahan berwarna-warni di bangunan gimnasium yang tersergam itu berlangsung penuh tradisi, dengan Dr Mahathir dipersilakan ke bilik resepsi dan disarungkan jubah kedoktoran baldu merah serta hitam.

Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut diberi penghormatan untuk memakai jubah baldu biru serta merah dan mengiringi suami beliau ke atas pentas. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close