Dunia

Pelarian Rohingya alami krisis kesihatan mental serius: Laporan

88.7 peratus depresi kerana tragedi pembunuhan rejim Myanmar

DHAKA, 25 Rabiulakhir 1442H, Jumaat – Pelarian Rohingya di Bangladesh yang terselamat daripada tragedi pembunuhan beramai-ramai di Myanmar, mengalami krisis kesihatan mental yang teruk, menurut laporan. 

Laporan itu didedahkan menerusi kajian – ‘Penyeksaan dalam Mindaku: Hak Kesihatan Mental bagi Rohingya yang Terselamat Genosid di Myanmar’ – yang dijalankan antara Mac 2018 hingga November 2020 oleh penyelidik Rohingya dan disokong pembela hak antarabangsa Fortify Rights.

Berdasarkan kajian itu, 88.7 peratus pelarian Rohingya mengalami gejala depresi, 84 peratus mengalami gejala tekanan emosi dan 61.2 peratus alami gejala gangguan tekanan pasca trauma.

Ketua Pegawai Eksekutif badan hak asasi manusia, Matthew Smith menyifatkan krisis itu mengancam nyawa dan sebahagian besarnya tidak dipandang serius. 

Kajian itu menyebut bahawa sekitar 86.2 peratus Rohingya mengalami pembunuhan anggota keluarga akibat kekejaman rejim Myanmar, 70.6 peratus mengalami kematian keluarga ketika melarikan diri atau bersembunyi dan 29.5 peratus pembunuhan anggota keluarga terdekat.

“91.3 peratus pelarian di Bangladesh menghadapi beberapa peringkat kesukaran melakukan aktiviti harian, seperti menjaga kebersihan asas, terlibat kegiatan sosial dan keagamaan atau tugas harian lain. 

“Daripada jumlah itu, 62.3 peratus mengaitkan kesukaran itu dengan kesihatan mental,” katanya. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button