Berita UtamaUtama

Mangsa banjir boleh ganti pasport secara percuma

Gantian hanya dibenarkan jika memenuhi syarat ditetapkan

JOHOR BAHRU, 8 Rabiulakhir 1440H, Ahad – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menawarkan gantian pasport secara percuma kepada mangsa banjir yang kehilangan atau kerosakan dokumen itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya memahami dan prihatin dengan mangsa banjir kerana ada di antara mereka mungkin tidak sempat menyelamatkan dokumen penting itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, gantian secara percuma itu hanya dibenarkan sekiranya mangsa memenuhi syarat yang ditetapkan.

“Kami beri peluang mangsa banjir untuk membuat pasport secara percuma namun ada beberapa syarat dikenakan.

“Pertama mereka perlu membuat laporan polis dan berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) sekali gus membuktikan mereka adalah mangsa banjir,” katanya selepas Perhimpunan Setia Berjasa bulanan Jabatan Imigresen Johor di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Johor, di sini, hari ini.

Mustafar berkata, perkara lain bergantung kepada jenis pasport dan penjelasan boleh diperoleh di pejabat imigresen apabila mereka datang membuat pasport baharu.

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close