Berita UtamaUtama

KL bantah Canberra iktiraf Baitulmaqdis Barat ibu negara Israel

Malaysia berpendirian penyelesaian dua-negara jalan terbaik

PUTRAJAYA, 8 Rabiulakhir 1440H, Ahad – Malaysia menentang keras keputuan Australia mengiktiraf Baitulmuqaddis Barat sebagai ibu negara Israel dan menganggap keputusaan itu sebagai ‘terlalu awal’ dan ‘memalukan rakyat Palestin’.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini, mengulangi pendirian teguhnya selama ini bahawa penyelesaian dua-negara, di mana negara Palestin dan Israel tinggal bersebelahan dalam suasana aman berdasarkan kepada perjanjian sempadan pra-1967, dengan Baitulmuqaddis Timur menjadi ibu negara Palestin; adalah jalan penyelesaian yang sesuai bagi konflik Palestin-Israel.

“Malaysia percaya dengan pengumuman (Australia) ini, yang dibuat sebelum penyelesaian dua-negara dilaksanakan, ia adalah ‘premature’, dan memalukan kepada rakyat Palestin serta perjuangan mereka kepada hak untuk pentadbiran sendiri,” kata kenyataan itu.

Wisma Putra berkata, Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan semua negara rakan untuk mendapatkan penyelesaian yang adil, menyeluruh dan berkekalan kepada konflik itu.

Semalam, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison mengumumkan Australia secara rasminya mengiktiraf Baitulmuqaddis Barat sebagai ibu negara Israel, bertentangan dengan dasar Timur Tengah yang wujud berdekad lamanya, namun ia tidak akan memindahkan kedutaannya ke sana dengan segera. – Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close