Berita UtamaUtama

Kereta nasional ketiga: Warga Qatar mahu labur RM1.6 trilion

Kabinet tetapkan tak guna wang kerajaan untuk projek kereta ketiga

IPOH, 8 Rabiulakhir 1440H, Ahad – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, hari ini mendedahkan, terdapat individu dari Qatar yang mahu melabur di dalam projek kereta nasional ketiga cetusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tanpa memberikan butiran secara terperinci, Khalid berkata, individu berkenaan menyatakan hasrat untuk melabur sebanyak US$400 bilion (RM1.6 trilion) di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Bagi Malaysia, individu berkenaan ingin melabur dalam projek kereta nasional ketiga.

“Tun Dr Mahathir berjumpa dengan Syeikh Qatari dari Qatar yang hendak melabur US$400 bilion di seluruh dunia dengan sebahagiannya di Malaysia… Tun Dr Mahathir memberitahu, kamu ada duit, kami ada kepakaran. Dalam Kabinet kita dah letakkan syarat, nak buat kereta ketiga, jangan guna duit kerajaan, kerajaan tak ada duit.

“Tetapi kalau private initiative (inisiatif swasta), apa salahnya Qatar nak buka kilang buat kereta di Malaysia guna kepakaran Malaysia, duit daripada dia (individu Qatar), takkan kita nak bantah kalau dia boleh buat, apa salahnya, lagi banyak pekerjaan (akan diwujudkan), kita pun ada pengalaman,” katanya.

Khalid berkata demikian pada ucapan penangguhan dan penggulungan pimpinan nasional pada Konvensyen Nasional Amanah 2018, di sini, hari ini. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close