Berita Utama

Harga RON 97 naik 6 sen

Harga runcit RON95, diesel kekal

BANGI, 14 Rejab 1443H, Rabu – Harga runcit bagi RON97 naik sebanyak enam sen seliter iaitu daripada RM3.21 kepada RM3.27.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi kenyataan, hari ini memaklumkan, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.

“Harga runcit diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter,” katanya.

Kementerian itu berkata, harga itu ditetapkan bagi tempoh 17 hingga 23 Februari.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button