Berita UtamaUtama

Baitulmaqdis perlu kekal seperti sedia ada: Dr Mahathir

Tiada negara berhak putuskan Baitulmaqdis ibu negara Israel

BANGKOK, 8 Rabiulakhir 1440H, Ahad – Baitulmuqaddis harus kekal seperti sedia ada dan mana-mana negara tidak berhak untuk memutuskan ia harus menjadi ibu negara Israel atau dibahagikan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Australia juga mahu membahagikan Baitulmuqaddis kepada Baitulmuqaddis Barat sebagai ibu negara Israel dan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota Palestin… semua ini hanya akan meningkatkan kemarahan,” katanya selepas menerima ijazah doktor kehormat kepimpinan sosial, perniagaan dan politik daripada Universiti Rangsit di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan Reuters di Bangkok berhubung keputusan Australia mengiktiraf Baitulmuqaddis Barat sebagai ibu negara Israel.

Bagaimanapun, negara itu tidak akan memindahkan kedutaannya ke sana sehingga perjanjian damai dicapai antara Palestin dan Israel.

Ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura, bulan lalu, Dr Mahathir menzahirkan kebimbangannya dengan rakan sejawatan dari Australia, Scott Morrison, terhadap hasrat negara itu mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

“Kami perhatikan perkatakan yang digunakan disusun dengan sangat teliti. Namun, pada pandangan kebanyakan negara Arab, semua ini bukan sesuatu yang mereka boleh terima,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata, Baitulmuqaddis sentiasa berada di bawah Palestin dan mempersoalkan mengapa mereka mengambil usaha untuk membahagikan kota suci itu.

“Mereka tidak berhak…ia bukan milik mereka,” katanya. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close