Berita Utama

Fenomena air pasang dijangka berakhir esok

Orang ramai dinasihat waspada ketika jalankan aktiviti air, riadah

BANGI, 1 Jamadilawal 1443H, Isnin – Penduduk di pesisir pantai khususnya di negeri-negeri Barat Semenanjung, disaran agar lebih berwaspada berdepan fenomena air pasang besar yang dijangka berakhir esok.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam satu kenyataan berkata, walaupun fenomena air pasang kali ini berskala lebih berbanding November lalu, keadaan akan lebih buruk sekiranya disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang berlaku serentak menyebabkan berlaku banjir kilat, limpahan air laut serta banjir pantai.

Katanya, fenomena yang bermula sejak Sabtu lalu berisiko ke atas beberapa kawasan iaitu Kedah (Kuala Muda), Perak (Bagan Datoh), Selangor (Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor) serta Johor (Batu Pahat dan Pontian).

“Sehubungan dengan itu, orang ramai khususnya pengunjung pantai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh yang dinyatakan di kawasan terbabit.

“Orang ramai juga diminta untuk sentiasa memantau keadaan cuaca dan sekiranya hujan lebat serta air laut pasang berlaku serentak, mereka perlu bersedia berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang ditetapkan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button