Berita UtamaUtama

Ada pihak cuba renggangkan hubungan Tun M, Anwar

Presiden PKR nyata sokongan terhadap usaha, kepimpinan PM

KUALA LUMPUR, 8 Rabiulakhir 1440H, Ahad – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata wujud cubaan sesetengah pihak untuk menimbulkan syak wasangka serta mengadu domba antara beliau dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad susulan tindakan keluar parti beberapa Anggota Parlimen UMNO, baru-baru ini.

Presiden PKR itu mendakwa tindakan itu berniat untuk merenggangkan hubungannya dengan Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Saya ambil maklum wujudnya andaian dan tanggapan yang telah ditimbulkan pelbagai pihak berkait Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang meninggalkan parti tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dihantar melalui aplikasi Whatsapp hari ini.

Beliau turut menyatakan sokongannya terhadap usaha dan kepimpinan Dr Mahathir serta akan terus bekerjasama dengan beliau untuk menzahirkan agenda reformasi seperti yang telah dipersetujui.

“Pakatan Harapan telah diberi mandat untuk menjana perubahan ke arah tatakelola pemerintahan yang menolak rasuah, keangkuhan dan perkauman sempit,” kata beliau.

Anwar juga berkata, tumpuan kini juga adalah untuk memacu pertumbuhan dan meringankan beban rakyat terutama dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.- Bernama

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close