Berita UtamaUtama

PAS ajak umat Islam solat hajat untuk muslim Uyghur

Etnik Uyghur dipaksa murtad, dianggap sebagai pesakit mental

BANGI, 6 Rabiulakhir 1440H, Jumaat – PAS mengajak umat Islam di seluruh negara untuk bermunajat dan menunaikan solat hajat selepas solat Jumaat, susulan nasib yang menimpa muslim Uyghur di China ketika ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan, kira-kira sejuta umat Islam Uyghur ditahan di sebuah kem rahsia, termasuk kebanyakan masjid di Xinjiang turut dimusnahkan.

Beliau berkata, pemimpin China melancarkan dakyah propaganda kononnya membanteras keganasan untuk menghukum umat Islam Uyghur di Xinjiang.

Katanya, kekejaman terhadap umat Islam di wilayah itu turut dikutuk beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Kanada.

“Menurut satu laporan yang disiarkan oleh Wisconsin Muslim Journal, kem tahanan umat Islam Uyghur disifatkan sebagai, ‘horrific sites where fear and physical violence, pyschological trauma and emotional abuse are all available tool’.

“Tidak sekadar itu, mereka juga dianggap sebagai pesakit mental, dipaksa murtad dan didoktrin dengan ideologi komunis,” katanya dalam satu kenyataan.

Etnik Uyghur dianggap sebagai musuh kepada negara China, semata-mata kerana dasar identiti etno agama mereka.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kezaliman dan penindasan ke atas etnik muslim berkenaan semakin membimbangkan apabila mereka ditahan dalam kem pengasingan besar-besaran.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close