Berita UtamaUtama

Wakil rakyat DAP mula tegur Bersatu, Dr Mahathir

Parti cauvinis, anti-Islam tak mahu wakil rakyat UMNO sertai PH

BANGI, 5 Rabiulakhir 1440H, Khamis – Seorang lagi Ahli Parlimen parti cauvinis dan anti-Islam DAP, menyifatkan tindakan wakil rakyat UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah suatu perkembangan yang bahaya.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh Deo berkata, penyertaan wakil rakyat UMNO ke dalam Pakatan Harapan (PH) mengkhianati rakyat yang mahukan perubahan sebenar, bukan sekadar kosmetik di mana terdapat muka lama menjadi sebahagian daripada kerajaan sekarang.

Tindakan itu, katanya, bertentangan dengan kehendak rakyat yang mengundi menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Terdahulu hari ini, Setiausaha DAP Selangor, Ronnie Liu menyindir tindakan Bersatu dan Dr Mahathir kerana menerima ‘sampah’ menyertai parti itu.

Ronnie mendakwa Dr Mahathir pernah, tatkala bertemu dengan beberapa aktivis serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum PRU14 lalu, menggelar pemimpin UMNO sebagai ‘tidak berguna’ dan ‘sampah’.

Ramkarpal adalah anak bekas pemimpin kanan DAP, mendiang Karpal Singh. Dia juga adalah saudara kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia serta Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.

Mengulas lanjut, Ramkarpal berkata, Ahli Parlimen UMNO itu adalah sebahagian daripada sistem yang mana PH komited untuk mengubahnya.

“Untuk berbuat demikian, kita perlu terlebih dahulu membersihkan geladak dan membenarkan mereka menyertai PH akan menjadi keadaan sebaliknya.

“Isu di sini bukan sama ada wakil UMNO ini layak menjadi sebahagian daripada PH sekiranya mereka menyertai salah satu daripada parti komponen kami, tetapi bagaimana melompat parti ini akan memberi kesan kepada komitmen PH untuk melakukan perubahan,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya.

Pengerusi Biro Undang-Undang DAP itu berkata, lebih banyak PH meraikan tindakan melompat parti ini, lebih banyak kekecewaan rakyat terhadap PH.

“PH tidak memerlukan wakil rakyat bekas UMNO ini. Ia memerlukan lebih ramai lelaki dan wanita yang berprinsip untuk meneruskan agenda reformasi.

“Diharapkan Perdana Menteri mengambil perhatian terhadap rasa tidak puas hati rakyat dalam meraikan wakil-wakil rakyat bekas UMNO ini kerana ia akan menjadi pengkhianatan besar,” kataya.

Sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen dan Adun daripada UMNO menyertai Bersatu.

Terbaharu, semalam, keseluruhan jawatankuasa perhubungan UMNO Sabah, termasuk pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dan 21 ketua bahagian keluar daripada parti itu, dan menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir.

Hajiji pada sidang media di Kota Kinabalu mengumumkan bahawa beliau bersama lima Anggota Parlimen, sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan dua Senator meninggalkan UMNO dan mengisytiharkan menjadi ahli politik Bebas.

Mereka dijangka menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) – salah satu parti gabungan PH.

Pada PRU14 yang diadakan 9 Mei lalu, PKR memenangi 47 kerusi, DAP (42), Bersatu (13), PAN (11) dan Warisan (lapan).

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close