Berita UtamaUtama

‘Kami jumpa Tun untuk rayu jangan bubar UMNO’

Tok Mat Hasan nafi pertemuan bincang hasrat keluar parti

BANGI, 5 Rabiulakhir 1440H, Khamis – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, perjumpaan pimpinan tertinggi UMNO bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini bukan bagi membincangkan keputusan untuk meninggalkan parti berkenaan.

Sebaliknya, beliau berkata, perjumpaan itu bagi merayu kepada Dr Mahathir supaya tidak membubarkan parti yang pernah dipimpinnya selama lebih dua dekad.

“Dunia ini bukan sahaja mengenai politik. Ia mengenai hubungan. Kami membuat kunjungan hormat dan pada masa sama kami kata, ‘tolong jangan bubarkan UMNO’. Beliau janji tidak akan berbuat demikian,” katanya seperti dilapor portal liberal hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gambar yang tersebar di media sosial memaparkan beberapa pimpinan tertinggi UMNO bertemu Dr Mahathir, baru-baru ini.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A Kadir Jasin, turut mengesahkan ketulenan gambar itu.

Menerusi kenyataan di Facebook hari ini, tokoh wartawan negara berkenaan berkata, gambar itu diambil pada 22 Oktober lalu.

Foto tersebar itu menunjukkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan; Tan Sri Noh Omar; Datuk Seri Shahidan Kassim; Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

BERITA BERKAITAN https://www.ismaweb.net/2018/12/13/foto-tular-mt-umno-bersama-tun-m-tulen/

Komentar Facebook
Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Close
Close